Sunday, November 10, 2013

Youtube Channel

Hello dear frens n family, visit visit my Youtube account and please subscride the videos ! Oh, like n comments also allowed ! here is the link ;;
http://www.youtube.com/channel/UCTV8zaTjNCe-nbaThFxZbOg...

THanks very much okay !

Thursday, October 31, 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK.

Salam, semalam 31 OKTOBER ,Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah mengadakan hari kanak2 di sekolah... Terdapat kolam renang yang sangat besar dan permainan lompat2 ape ntah..  Sye bermain selama 5 jam.. Ssi pagi dan sesi petang .. saya serta kawan2 anak guru rasa beruntung la dapat main 2 sesi.. sunguh2 letih dan mengantuk bila sAmpai rumahh.. -_-''.. Tapi seronokkk !!!

Saturday, October 12, 2013

Salam semua , saya dah tamat peperiksaan saya .. Anda pula bagaimana?  Saya berharap saya mendapat keputusan yg cemerlang ..Salam , elmyra

Bercutii.

Salam sayang tu u olls.. Saya n my family nak pergi ke Port Dickson.. Hey2, I hope I,m safe.. samekom..kik22..

Tuesday, October 1, 2013

SABARRR..

YA ALLAH,KAU BERIKANLAH KESABARAN KEPADAKU , ..
#hindari dari kutukan..:')

SENI 0H SENIKU !

I'm searching for ideaaaa ! ideaaaa!.. Where're y0u !? .. I want to use youuuuu... Saya nak buat rekaan atau binaan.. PENCIL HOLDER !.. 0KAY2.. banyak bnde bleh buattt.. okay .. nanti ble dh habis buat ini saya akan ambil gamabr dan memuat turu gambar.. ASSALAMUALAIKUUMM.. <3

Tuesday, September 24, 2013

TOKOH : ZAINAL ABIDIN AHMAD -ZA'BA

Saya nak kongsi something la kat korang,
ehhh, before thet, ASSALAMUALAIKUM !
back to tajukk..ala.. korang baca ni mengambil berapa minit je punn..
Saya Tokoh Nilam peringkat negeri ingin kongsikan kepada anda tentang tokoh yang saya minati ..

saya meminati :
Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba..

Ceritanya :
Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagaiZaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidangkesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan,Maktab Perguruan Sultan Idris.

Biografi ringkas[sunting]

Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu KikirNegeri Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:
Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, danIlmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Penghargaan[sunting]

Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:

Saya dapat ni di WIKI la..Kalu nak lihat lebih lagi,http://ms.wikipedia.org/wiki/Zainal_Abidin_Ahmad.. Sya saja nak kongsi kepada  anda tentang tokoh kita ni..Mengikut pembacaan anda sebentar tadi,beliau seorang yang hebat..Bagi saya,sekarang tiada sesiapa boleh menggantikan beliau.. Ini sahajalah yang boleh saya kongsikan.. Insyaallah jika saya temui yang baru saya cuba Publish la ehhh.. 
kBYE..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T ... seKIAN !

Sunday, September 15, 2013

Presentation Robotik di SKTBR 2 .





Presentation tentang robot yang telah kami cipta iaitu ''Malacca Trishaw Bot''. (13 Sept 2013)

Program Nilam di Tadika Bonda Elit










Melakukan aktiviti seperti Membacakan Buku Cerita,Membetulkan bacaan murid dan lain-lain.

Penglibatan sewaktu Perhimpunan Rasmi

Elmyra conduct lagu sewaktu Perhimpunan Rasmi .

Monday, September 9, 2013

Post tentang PROGRAM NILAM di Tadika Bonda Elit

Pagi tadi,saya dan ibu saya visit Tadika adik kedua saya,Tadika Bonda Elit.Tujuan kami melawat Tadika adik saya ini adalah untuk membuat Program Nilam.. Mempertingkatkan lagi saya terhadap PROGRAM Nilam. Maklumlah,saya mewakili daerah.Aktiviti yang telah kami lakukan ialah :
1.Membaca buku cerita untuk kanak2 tadika .

Mereka sangat comel dan pintar.Mereka juga diberi soalan oleh ibu saya,Madam Intan Erisha.Mereka dapat juga jawab soalan.Itu menunjukkan mereka ini cerdik.Saya berasa bangga kerana dulu saya juga anak didik guru-guru tadika itu.Soalan itu juga dapat meluahkan keseronokan atau omputeh said - funny ! .. 

soalan :
1.Mengapakah mereka ingin berpindah ke tempat lain ?
   Tadak air . 

Dijawab oleh Reza kawan Edryana . :P ..

Hang ni orang kedah ka ?
Die pun angguk .. o=o..:o patutla.

Terima kasih Tadika Bonda Elit ,Guru-guru..Buku cerita (Idea yang bernas ) !!

Terima kasih kerana telah meminjamkan mata anda. ;) bye2 /tq .
   

Sunday, September 8, 2013

Penglibatan Dalam Kem di Sekolah






Penglibatan dalam Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah.(2013) .

Penglibatan Luar Sekolah




Pertandingan Aerobikthon Karnival Astro Fiesta Parlimen Hulu Selangor 2013

Penglibatan Dan Pencapaian Sukan




Mewakili Sekolah Bola Tampar Bawah 12 Tahun 2013 (Ketiga Daerah)

Mewakili Sekolah Bola Tampar Katmo Bawah 10 Tahun 2012 (Naib Johan Daerah)

Wednesday, September 4, 2013

Pencapaian dan Penglibatan KoAkademik Peringkat Daerah & Negeri


Mewakili Sekolah 4 September 2013 ke Pertandingan Robotik Selangor 2013


Wakil "Story Telling"Ke Konvensyen Doktor Muda Daerah 4 April 2013

PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER & PEMBUGARAN NILAM


PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER & PEMBUGARAN NILAM



OBJEKTIF

1. Mewujudkan murid-murid sekolah ini , yang menjadikan pusat Sumber

sebagai gedung ilmu ke arah pembentukan sahsiah diri, 

keterampilan dan membantu pencapaian akademik yang cemerlang.

2. Menggalakan warga sekolah menjana idea kreatif dan 

inovatif melalui amalan tabiat membaca.

3. Menarik minat guru dan murid menggunakan Pusat Sumber 

untuk mencari maklumat.

4. Menjalankan pembugaran NILAM peringkat sekolah , 

seterusnya menggalakan Program NILAM.

5. Melahirkan insan yang celik ilmu dan ingin mempertingkatkan

diri dalam pendidikan.

6. Membantu dan memperkasakan MBMMBI.




Sejarah Tasik Dayang Bunting

Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.
Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.
Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
 
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.
Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.
Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".
Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.
Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.
Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.
Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Langkawi Permata Kedah

Saya ingin kongsikan tentang Langkawi yang telah saya baca. :

Nama Langkawi ialah antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajukThe Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

nOtE :
saya dapat maklumat ini di Wikipedia and encyclopedia free.. 

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Faedah Membaca



Dewasa ini,terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam atau dari luar negara.Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah surat khabar,majalah,komik dan sebagainya.Bahan bacaan ini boleh didapati di kedai-kedai buku.

Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Di samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan lebih mendalam apabila membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan sebagainya.Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui pembacaan tersebut.

Oleh itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan membaca sebagai amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa.

Tuesday, September 3, 2013

Robotik

Pada 4 September ini,saya dan team saya - EskayTBRone G-Nero akan menyertai pertandingan robotik.

Saturday, August 31, 2013

Introduce Myself !

Hai,Saya Myra.Di dalam blog saya ini , saya akan memasukkan beberapa gambar atau maklumat tentang kehidupan seharian saya.Saya seorang murid yang telah berjaya melepasi TOKOH NILAM peringkat daerah.Alhamdullilah.Saya berharap agar saya membuat yang terbaik semasa peringkat negeri yang akan datang.